petua yg paling terkenal di kalangan org Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal utk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam.
Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua.
Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. Selain itu, minyak bijan juga elok utk melebatkan rambut.
Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih. Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi utk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi utk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya.
Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala. Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi.
Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya. Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia utk merawat rambut.
No comments:
Post a Comment