Sunday, August 21, 2011

Tips blogging

Hampir semua blogger memulakan blog mereka sebagai part time sahaja.Ada blogger yang mempunyai pendapatan dari blog melebihi gaji mereka. Pernah tak kita terfikir bagaimana mereka melakukannya sedangkan ada diantara mereka adalah surirumah yang bekerja.Saya ada petuanya.
  1. Tidak Perlu Semuanya Sempurna. Kadang-kadang kita terlalu mahukan 100% terbaik untuk artikel kita sehinggakan memerlukan berhari-hari untuk menyiapkan hanya satu artikel. Jika pelawat mendapat 50% faedah dari artikel kita,itu sudah mencukupi.
  2. Jangan Buat Semua Benda.Jika perlu keluar duit untuk blog kita atau beli ebook atau upah designer, simpan beberapa puluh RM setiap bulan.Masa adalah berharga,jadi tak salah gunakan duit “beli” sedikit masa.
  3. Bawa Buku Nota. Idea untuk menulis artikel untuk blog datang tanpa mengira masa atau tempat,mungkin semasa meeting,dalam lif, jadi pastikan idea itu tidak hilang begitu sahaja kerana kita bukan full time blogger yang ada banyak masa.
  4. Menulis Semasa Menunggu. Mengikut kajian,manusia menghabiskan masa 2-3 tahun dalam hidup kerana sebab menunggu.Di klinik,ambil anak di sekolah, pejabat pos,sebulan pun dah berapa banyak masa kita guna untuk menunggu.Jadi gunakan masa tersebut untuk blog kita.
  5. Buat Plan 1 Minggu. Jika kita plan menggunakan 8 jam seminggu untuk menulis,kita boleh lakukannya sehari 2 jam selama 4 hari atau 4 jam sehari selama 2 hari setiap minggu.Fleksibel tapi pada masa yang sama konsisten.
  6. Jangan Bertangguh Untuk Buat Sesuatu.Benda yang boleh diselesaikan dalam masa sejam mungkin memerlukan 2-3 hari untuk disiapkan disebabkan bertangguh.
  7. Jangan Paksa Diri Jika Tiada Idea.Artikel yang ditulis dalam keadaan tertekan akan menjadi kaku dari segi bahasa,tiada unsur humor,menyebabkan pembaca bosan. Masa ini gunakan dengan melawat blog-blog lain untuk mencari idea.
  8. Pergi Bercuti/Balik Kampung/Shoppping.- Jika tertekan dengan kerja,gunakan masa cuti untuk rehatkan minda.Apa yang kita buat semasa cuti pun boleh dijadikan artikel blog.
  9. Enjoy Dengan Blogging. Jangan anggap blogging sebagai kerja,mulakan sebagai hobi tapi hobi yang menjana duit.Setelah siang penat bekerja kita tidak ingin blog kita menjadi bebanan semasa di rumah.
www.rohizat.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...