Agak lama dah tak tulis artikel baru untuk blog saya ni,maklumlah cuti sekolah dah sampai penghujung,sibuk balik kampung,sibuk beli kelengkapan sekolah anak-anak.orang kahwin dan macam-macam lagi.Hari ni saya nak bagi 10 idea kalau kita dah stuck,tak ada apa-apa idea nak tulis post.Saya dah apply cara ni,memang banyak membantu di kala tercari-cari idea nak tulis post yang dapat menarik pembaca.
1.List
Semua orang suka list,apa-apa list akan menarik perhatian.Top 10 list…,5 kesalahan…,5 sebab…dan sebagainya.Dari nombor itulah kita dapat perincikan apa-apa idea.
2.Panduan
Orang menggunakan internet untuk mencari sesuatu yang berguna ataupun mencari sesuatu untuk menyelesaikan masalah.Lagi banyak petua berguna lagi ramai akan mencari post kita.
3. Review
Kita boleh tulis apa saja review diblog kita.produk,website,buku termasuk ebook,filem,muzik,restoran pun boleh asalkan berkenaan dengan niche kita.
4.Foto
Letak foto yang berkenaan artikel kerana mengikut kajian manusia akan tertarik ke gambar dahulu sebelum tulisan.
5. Link
Tulis post yang mengandungi link ke blog atau website lain yang difikirkan akan membantu pembaca kita.Bukan semua orang suka mencari info sendiri,jadi pembaca boleh jimat masa dengan link yang tersiap sedia
6.Peristiwa semasa
Cara paling mudah kerana semua orang suka bercerita mengenai apa yang berlaku sekarang.Tak kira World Cup ke,artis kahwin ke,gempabumi ke,semua akan menarik perhatian lebih-lebih lagi jika kita boleh masukkan sekali ulasan kita mengenai peristiwa tersebut.
7. Tip
Tulis artikel dengan tip-tip seperti tip mudah,tip cepat,tip percuma dsbnya.
8.Rekomen
Kongsi pendapat atau pengalaman anda mengenai sesuatu produk kerana pembaca kadang-kadang tercari-cari pendapat orang lain sebelum mengguna atau membeli sesuatu produk atau servis.
9. Interbiu
Cari seseorang yang berjaya dalam bidang beliau dan tulis satu temubual ringkas pun sudah cukup.
10. Poll
PollDaddy.com adalah salah satu website yang menawarkan servis untuk kita buat kajiselidik kita sendiri mengenai apa-apa topic yang bersesuaian dengan blog kita.Servis adalah percuma melainkan jika kita mahu mengadakan poll yang lebih besar,kita perlu membayar.
Sekian,harap artikel kali ni dimanfaatkan oleh pembaca blog saya.
rohizat.com
No comments:
Post a Comment