Untuk mendapatkan kesegaran selepas mengalami kepenatan, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberikan kepuasan dan menjadikan badan anda kembali cergas dan segar.
Bagi membersihkan kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkan terasa pedih.
Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik yang selalunya diamalkan ketika mandi.
Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan seketika sebelum dibilas.
No comments:
Post a Comment