Bukan senang nak meletakkan blog kita dalam ranking tertinggi enjin carian jika kita tidak mempunyai keyword yang sesuai.Dari kajian saya berikut adalah 5 keyword yang mampu menarik pelawat terus dari enjin carian yang selalu digunakan oleh mereka yang berjaya.
Beli
Perkataan ini bagus digunakan jika kita mempunyai produk yang sudah terkenal atau pembeli memang sudah berniat ingin membeli produk tersebut.Biasanya pembeli sudah membuat search dan sudah bersedia untuk mengeluarkan duit mereka.Contohnya di enjin carian pembeli akan menaip ‘beli printer canon 123’.Ranking blog dalam enjin carian lebih tinggi jika produk atau keyword tersebut kurang saingan.
Review
Anda pasti pernah terbaca mengenai review sesuatu produk diblog kan?.Kadang-kadang blog tersebut diujudkan semata-mata untuk review produk sahaja.Walaupun review tersebut biasanya agak ‘biased’ tetapi tahukah anda bahawa pembeli biasanya akan cari info produk tersebut termasuk review untuk meyakinkan mereka akan sebelum membeli.Jika kita dapat menulis review yang bagus,maka sudah tentu mereka akan membeli dari link kita.Adalah lagi bagus jika kita sendiri sudah menggunakan produk tersebut.
Kupon, Diskaun
Agak jarang digunakan tetapi pembeli yang berpengalaman tahu mesti ada seseorang yang menawarkan diskaun atau kupon untuk produk tertentu.Diskaun mungkin untuk pembelian ebook,langganan hosting,seminar dan sebagainya.Sebagai affiliate kita boleh padankan diskaun/kupon untuk produk lain itu sesuai dengan produk asal.Contohnya jika kita promosi ebook panduan buat website,maka kupon hosting akan menarik minat pembeli membeli dai kita.
Scam
Perkataan scam biasanya digunakan oleh mereka yang ingin mencari maklumat mengenai produk atau servis yang mereka minat tetapi bimbang jika ianya adalah penipuan ataupun produk tersebut tidak berkualiti.Biasanya jika ada sesiapa yang tertipu maka akan ada scam yg didedahkan di forum dan sebagainya.Walaupun tajuk post tersebut ada perkataan ini,ia hanyalah gimik sahaja,kita cuma gunakan sifat negatif dalam diri pelawat untuk menarik perhatian.
Bonus/Percuma
Jika kita lihat setiap kali ada ‘product launch’,mesti ada bonus yang diberikan oleh affiliater.Ini kerana jika ada orang yang ingin membeli produk tersebut,mereka akan search di Google dengan menaip nama produk + bonus.Jika kita guna keyword ini dalam post di blog,maka dengan cepat blog kita akan berada diranking tinggi setip kali ada carian dibuat.Jangan lupa pula bagi bonus,bukan setakat guna perkataan sahaja.
rohizat.com
No comments:
Post a Comment