Wednesday, September 14, 2011

Tips hilangkan mengantuk

  1. Hampiri kawasan bercahaya – Suasana office yang sejuk dan bercahaya redup memang membuai mata kita, jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya uols terlalu mengantuk adalah mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Mustahil lah office uols takda tingkap kan. Gua ke apa? Masa jenguk tingkap tu, tengok-tengoklah kereta lalu lalang ke atau apa-apa lah yang boleh menarik perhatian.
  2. Basuh muka – Mungkin ini perkara terakhir yang uols buat bila mengantuk, kan? Yelah, terutamanya perempuan. Bila dah make up bagai, make up mahal pulak tu, senang-senang je nak basuh muka lepas tu touch up balik T___T Memang kalau I, takda lah nak basuh muka. HAHAHA tapi kalau dah takda pilihan sangat, kepala pun dah tersengguk-sengguk, kenalah buat jugak ye tak?
  3. Wangian aromaterapi – Boleh juga menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi dekat office. Letaklah atas meja. Semangat kerja akan pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio – Muzik juga penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. So, tak salahlah kalau uols bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat uols leka sampai tak buat kerja.
  5. Senaman ringan – Senaman ringan tu gerakkan anggota badan, macam contoh gerakkan tangan, kaki, kepala atau berjalan santai pun boleh hilangkan rasa mengantuk. Berjalan santai tu dekat dalam office lah. Jangan pulak cakap dengan bos “Bos, saya mengantuk. Nak keluar pergi Petaling Street hilangkan ngantuk” Memang nak kena lah tu. Dan ingat jugak, jangan nak berjalan santai pergi dekat tempat kawan lepas tu gossip tak tentu pasal. HAHAHA tapi gossip pun boleh buat hilang mengantuk :P
  6. Pandang pepohon hijau – Manalah tahu, office uols ada pemandangan kehijauan, atau ada taman ke, manfaatkanlah! Gunakan peluang tersebut untuk hilangkan rasa mengantuk. Keluarlah kejap pergi tempat tu. Hoi, keluar pergi tempat tu bukan suruh buat tahi mata ke apa, tapi hirup udara segar. Beberapa minit dah lah, takyah lama-lama. Kang balik-balik office terus dapat surat warna pink. Aww.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...