Wednesday, September 14, 2011

Merawat kudis

TAPAK sulaiman menyerupai pokok kaduk tetapi ia kelihatan lebih berkilat. Bezanya pokok ini tidak memanjat kerana batangnya pendek. Tangkai daun juga pendek berwarna hitam dan berbulu halus.
Daun mudanya berwarna kemerahan dan belakang daun berwarna coklat. Pokok ini tidak tahan pada cahaya matahari. Batangnya lembut berair dan berbulu.
Pokok yang subur daunnya lebih lebar daripada kaduk. Herba ini mempunyai bunga berwarna merah jambu yang terbit di hujung pucuknya. Nama saintifiknya Elephantopus scaber dari keluarga Asteraceae dan hidup di kawasan yang terlindung dan lembab seperti di kebun getah.
Terdapat beberapa tumbuhan yang mempunyai panggilan yang sama seperti Elephantopus tomentosus atau ubi zebra, tetapi di sesetengah tempat memanggilnya sebagai tapak sulaiman.
Lain-lain panggilan tempatan ialah seperti tapak leman, bersih hitam dan ada juga yang memanggilnya tapak babi. Daun yang segar dilumatkan untuk merawat luka-luka kecil, kudis dan juga gonorea. Selain itu, lumatan daunnya juga boleh dipupuk pada dahi bagi melegakan sakit kepala.
Akar dan daunnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi melegakan batuk, muntah-muntah dan membuang cacing dalam perut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...