Sunday, May 20, 2012
Kenali wanita masih dara atau tidak
SEBAGAI anak gadis yang masih belum pernah melakukan sebarang perbuatan yang berkaitan hubungan asmara atau hubungan seks bebas, anak gadis ini masih lagi terkawal kehormatannya berlandaskan penilaian penglihatan mata kasar.
Untuk makluman anda, sebagai seorang gadis yang masih suci anda akan sentiasa mengekalkan tujuh bahagian yang sensitif apabila disentuh lelaki. Tujuh bahagian ini adalah disebut dara bagi seorang gadis yang masih suci. Sebab itulah buah dada anda disebut payudara. Buah dada adalah terlalu sensitif dan mudah dikenalpasti kedudukannya sama ada seseorang gadis itu masih mempunyai dara atau tidak.
Akan tetapi terdapat 5 bahagian lagi selain daripada dara dibahagian kemaluan anda ia juga ada dibahagian tubuh anda yang tidak disebut pada penghujung perkataan sebagal ‘dara’ kerana pada bahagian ini tidak begitu dipedulikan oleh anda kerana sesetengah perempuan menganggap ianya tidak memberikan sebarang kesan sampingan jika disentuh berbanding dibahagian kemaluan. Bahagian-bahagian yang dikatakan ini boleh membuktikan yang anda sudah hilang dara pada bahagian kemaluan anda kerana persetubuhan. Enam bahagian yang ada pada anda ini jelas memperlihatkan kehilangan dara pada seorang gadis itu. La juga adalah cara mudah bagi memastikan seseorang perempuan itu masih gadis atau isteri orang.
Tujuh bahagian yang sensitif atau dikatakan kawasan dara ialah rambut, telinga, pipi kiri dan kanan, hidung, bibir, leher, buah dada, bahagian pergelangan tangan hingga jari, pusat (perut), kemaluan, pinggang, peha, tumit dan jari kaki. Walaubagaimanapun, hanya tujuh bahagian yang sering terdedah kepada penglihatan sahaja mudah untuk mengenal samada seseorang itu gadis atau tidak. Bahagian-bahagian yang dimaksudkan ialah: (1) pipi kiri dan kanan, (2) bibir, (3) telinga, (4) jari kelingking tangan, (5) tumit, (6) bentuk punggung dan (7) bentuk buah dada yang boleh dilihat walaupun sedang berpakaian.
Tujuh bahagian ini sering kita lihat pada setiap perempuan yang kurang menjaga kehormatannya dan tidak gemar menutup aurat sepenuhnya. Namun begitu walaupun mereka yang mungkin agak sukar untuk mengenali samada perempuan itu isteri orang atau anak gadis ianya masih boleh dikenalpasti melalui tapak tangannya. Saya akan menerangkan kepada anda bagaimana mengenali bahagian tapak tangan untuk mengenali seseorang itu masih gadis atau ianya isteri orang walaupun dia menutup auratnya.
Anda boleh mencuba cara ini untuk menguji samada seseorang gadis itu masih dara atau tidak. Akan tetapi ingin saya nasihatkan agar anda jangan terlalu gelojoh untuk melakukan siasatan terhadap seorang gadis yang baru anda kenali. Berikan sedikit masa untuk memastikan yang mereka itu gadis atau tidak.
Pada kaum perempuan terutama gadis yang masih suci dan tidak pernah melakukan adegan asmara, jangan mudah terpedaya dengan pujukan lelaki yang ingin meneliti tapak tangan dan jari kelingking anda. Mereka mungkin mencuba apabila setelah membaca tulisan ini kepada diri anda.
http://hamil.mustaffa.org
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terjumpa info ni, juga pasal selaput dara… sharing is caring :) - Selaput Dara Wanita
ReplyDelete