Sunday, May 20, 2012

Atasi kulit berminyak




Petua PertamaParut epal sehingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh muka anda dengan air suam. Lakukannya tiga kali seminggu.

Petua KeduaRendam beras anggaran setengah gelas. Campurkan dengan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemua bahan ini hendaklah dikisar sama.Bersihkan muka anda terlebih dahulu dan sapukan bahan kisaran itu sebelum tidur pada waktu malam.

Petua KetigaCampurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur. Jika tiada air asam gelugur, bolehlah digantikan dengan air limau purut. Sapukan campuran bahan tersebut di muka anda. Biarkan ia kering. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.

Petua KeempatRamas daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu ke seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil memuaskan.

Petua KelimaCampurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu, bilas muka dengan air bersih.

Petua KeenamRendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam. Kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu, laplah sehingga bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

http://helmdahl.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...