Monday, May 16, 2011

Cekor ubat parut

Jika muka anda banyak kesan jerawat, anda boleh menghilangkannya dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekor yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehinggan kesan jerawat anda itu hilang.

Menjaga kesegaran mata

Jika anda mengalami masalah penglihatan yang kurang baik anda boleh mengamalkan perubatan cara tradisional ini.

Caranya:

Ambil daun lobak merah, rendam dalam 1 mangkuk air panas, biarkan selama beberapa minit, setelah itu minum airnya 3 kali sehari sebelum makan.

Bibir pecah-pecah

Jika anda dapati bibir anda merah dan pecah kerana alah dengan gincu bibir yang anda pakai, anda boleh mngubatinya dengan minum air kelapa muda, bercampur kuning telur dan campur sedikit madu lebah.

Lakukan sehari sekali sehingga sembuh.

Menguatkan otot-otot

Jika anda banyak bekerja menggunakan fikiran, anda mungkin mempunyai otot2 yang lembik. Untuk menguatkan otot2 anda, olehlah melakukan senaman dengan berenang. Cara ini dilakukan selama 2 kali seminggu. Anda akan dapati otot2 anda menjadi lebih kuat.

Kembalikan kesegaran tubuh

Jika badan anda terasa letih dan lesu, kerana terlalu penat bekerja, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan cara berikut :

Ambil satu sudu cuka makan, masukkan ke dalam gelas. Tuang sedikit2 pada tapak tangan, setelah itu gosokkan pada badan. Lumurkan air itu pada seluruh anda dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu barulah anda mandi dan kemudian keringkan badan anda. Anda akan dapati tenaga anda akan pulih semula.

Dapatkan kuku yang cantik

Kuku yang kusam dan berkarat tentu akan merosakkan penampilan anda. untuk mengatasi masalah ini anda boleh gosok setiap hari kuku anda dengan belimibing buluh. Setelah itu, cucilah tangan anda dengan air sabun kemuidan keringkan. Kuku anda akan kelihatan bersih dan cantik berkilat.

Lebatkan bulu kening

Ambil sebiji buah keras, bakar hingga hitam, setelah itu minyaknya anda sapukan pada kening anda. Lakukan 2 kali sehari. Anda akan dapati bulu kening anda tumbuh lebat.

Tapak tangan kasar

Bila anda terpegang  benda panas, atau membuat kerja-kerja berat, tapak tangan anda akan kasar. Untuk emngatasi masalah ini, ambil sebiji bawang merah, kupas kulitnya setelah itu hancurkan bawang merah tersebut dan sapu pada tangan yang kasar tadi.

Penjagaan kulit

Setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik dan bersih, selain daripada menjaga kesihatan dalaman, kulit juga perlu diambil perhatian untuk menjadikan anda tetap bersih dan kesihatan cantik. Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin, gunakan cara ini :

Ambil segenggam beras, sangan (goreng tanpa minyak) setelah itu ambil air asam jawa sebanyak 1 cawan, atau air limau nipis, bancuh biar pekat, sapu pada badan, biarkan selama 1 jam, setelah itu barulah bilas dengan air sejuk.

Lakukan seminggu 2 kali. cara ini bukan sahaja melicin dan menghaluskan kulit tetapi boleh menjaga kulit daripada terkena penyakit kulit.

Merawat kaki bersisik

Jika anda dapati kulit anda kering dan bersisik, ini tentu merisaukan anda terutama jika anda seorang gadis. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh sapukan kaki anda dengan krim atau ambil sedikit minyak kelapa yang belum digunakan, sapulah pada betis anda yang bersisik setiap hari. Selamat mencuba.

Segarkan mata

Potong timun nipis2
Letakkan pada kedua2 belah mata
Baring dan biarkan selama lebih kurang 20 minit
Mata anda akan segar dan sihat..
Selamat mencuba

Hitamkan rambut beruban

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah rambut beruban
bolehlah amalkan petua mudah ini.

Biji betik dapat menghitamkan warna rambut dengan
cara biji yang telah tua dijemur. Kemudian tumbuk hingga
halus. Campurkan dengan air secukupnya. Biar semalaman.

Basuhlah rambut dengan air betik tersebut. Amalkan selama
seminggu.

InsyaAllah rambut akan menjadi hitam kembali.

Selamat mencubaaa...

Betik muda rawat tumit yang pecah

Cara perawaatan tradisional boleh menolong anda untuk mengatasi masalah tumit yang pecah.

Caranya:

Ambil sebiji betik muda, kemudian hiris betik tersebut, ambil getahnya dan sapukan pada tumit yang pecah.
Biarkan getah tersebut kering pada kaki anda selama 10 minit. Setelah itu, cucilah kaki anda dengan air bersih, keringkan. Lakukan rawatan ini seminggu 2 kali sehingga sembuh.

Selain dari itu, anda juga boleh menyapukan ubat gigi pada tumit yang pecah sebelum masuk tidur,. lakukan rawatan ini sehingga sembuh.

Bedak batu ubat jerawat

Ramai gadis yang mengalami masalah jerawat. Untuk mengatasi masalah ini anda haruslah sering membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih. Selain dari itu, kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Banyakkan makan sayur dan buah. Untuk mengubati jerawat yang telah tumbuh di muka, anda boleh sapukan muka anda dengan bedak batu sebelum anda masuk tidur setiap malam. Pada keesokan harinya, cucilah muka anda dengan bersih. Lakukan setiap malam sehingga jerawat anda sembuh.

Putih telur licinkan kulit

Jika anda mengalami masalah kulit muka yang kasar, anda boleh gunakan putih telur untuk menegangkan kulit anda.
Caranya:

Bersihkan muka dan keringkan, setelah itu ambil sebiji putih telur dan isikan ke dalam piring kemudian sapukan putih telur tersebut di bahagian muka anda. Biarkan kering beberapa minit. Biarkan putih telur tersebut melekat pada kulit anda selama 1 jam, dan anda seharusnya tidak bercakap pada waktu itu.

Setelah itu, barulah anda bersihkan dengan air suam. Lakukan perkara ini sebelum tidur. Anda akan dapati kulit menjadi lebih halus dan licin.

Tuesday, May 10, 2011

Lebatkan Rambut

Tahukah anda bahawa sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis boleh melebatkan rambut ? Ini caranya...rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Selamat mencuba.

Sunday, May 8, 2011

Hilangkan lemak di perut

Jika anda benar-benar peduli dengan berat tambahan yang dikumpulkan di sekitar perut anda dan ingin menyingkirkannya, maka sangat penting untuk anda belajar bagaimana untuk menghilangkan lemak di perut. Berikut adalah beberapa tips berguna yang akan membantu anda untuk menghilangkan lemak perut anda dengan cepat dan efektif.
Latihan-Latihan seperti aerobik dan latihan intensitas rendah lainnya adalah cara yang baik untuk membakar kelebihan lemak di tubuh anda. Latihan pengencangan yang secara khusus ditujukan untuk otot-otot perut anda juga dapat sangat efektif. Secara khusus, latihan seperti memutar badan dapat menghilangkan lemak di daerah perut.
Latihan intensitas rendah yang mudah dapat menunjukkan hasil yang sangat baik jika dilakukan dengan benar. Latihan cardio juga merupakan pilihan yang baik karena mereka sangat efektif dalam membakar lemak untuk melepaskan energi yang berguna bagi tubuh. Ini adalah cara untuk Menghilangkan lemak perut dengan bantuan latihan.
Penting untuk anda makan makanan bebas lemak untuk mengurangi lemak perut anda. Hindari mengkonsumsi makanan yang memiliki kandungan lemak yang tinggi atau nilai kalori yang tinggi. Di sisi lain, makanan kaya protein baik untuk tubuh anda dan sangat dianjurkan. Diet anda juga harus terdiri dari atas banyak air. Ini akan membantu tubuh untuk menghilangkan lemak perut anda lebih efektif.
Diet yang tepat bukan berarti anda harus makan lebih sedikit makanan. Bahkan anda biasanya harus mengkonsumsi lebih banyak makanan agar memungkinkan tubuh anda untuk mengimbangi meningkatnya porsi latihan. Tanpa konsumsi makanan yang tepat tubuh anda mungkin menjadi lemah, dan mungkin akan mengalami sejumlah penyakit.
Tidur di jam yang tepat juga sangat diperlukan jika anda ingin memberikan tubuh anda kesempatan terbaik untuk menghilangkan lemak di perut. Penelitian telah menunjukkan bahwa orang-orang yang tidak cukup tidur memiliki peluang 70% lebih tinggi obesitas. Leptin adalah protein yang memberitahu otak ketika tubuh telah menerima cukup makanan. Hal ini membantu otak untuk menurunkan keinginan untuk makanan. Tidur yang tidak benar mengurangi produksi leptin di dalam tubuh, mengakibatkan peningkatan nafsu makan, dan membuat anda mengkonsumsi lebih banyak makanan daripada yang diperlukan. Makanan ini pada gilirannya akan disimpan sebagai lemak di perut anda.
Dengan kurangnya jam tidur, tubuh akan kehilangan kemampuan untuk memproduksi insulin, yang bertanggung jawab untuk mengendalikan kadar gula darah. Ini pula yang menyebabkan deposit lemak dalam tubuh sebagai tingkat gula tidak diatur dengan benar. Tidur tepat dapat mencegah semua masalah ini. Oleh karena itu tidur adalah salah satu cara efektif bagaimana menghilangan lemak perut.
Mengambil pelajaran dari tips yang sederhana dan berguna tentang cara untuk menghilangan lemak perut dan kemungkinan akumulasi jaringan lemak di sekitar perut akan berkurang drastis.

Hilangkan lemak bawah dagu

dongak kepale ke ats..n biar je dalam kiraan 10
pastu toleh ke kanan kira 10 gak..
tunduk kira 10
pastu kiri..10 gak..
ulang la dalam 10 minit..insyaAllah nmpak hasilnyer..

pastu ade gak qin dgr care nk kurangkan tembam kt muke tu..
di ade dalam mjalah pe ntah..lupe dh..tapi dr ar yg suggest..
carenye:

dgn menampar muke dgn kedua belah tgn perlahan-lahan....ingat ye perlahan-lahan sebayak 40 x..ulang ar bebanyak x..insyaAllah leh..

Hilangkan jerawat belakang badan

1. Scrub Buah-buahan


Anda boeh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.

Hilangkan bintik hitam pada hidung

Pecahkan 2 biji telur ayam dan ambil putihnya sahaja. Gunakan tisu muka ( facial cotton) dan disiat nipis. Sapukan telur di pipi dan hidung yang bermasalah dan tampalkan dengan tisu nipis tadi. Lapis semula dengan sapuan telur dan tampal lagi tisu nipis. ( Dibuat seperti masker) Biarkan sehingga kering. Setelah kering tanggalkan tisu secara perlahan-lahan. Anda akan dapati bintik-bintik hitam akan turut ditarik keluar bersama tisu tadi. Basuh muka dan bilas dengan air bersih atau penc

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...