Wednesday, September 14, 2011

Persediaan malam pertama

Malam pertama, adalah waktu yang amat menegangkan bagi pasangan pengantin. Bagi wanita, ketegangan itu kadangkala berlipat kali ganda. Berikut ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama.
1) Bau badan – Ingat, sebelum memasuki malam pertama, anda dan suami seharian bergerak, melayan tetamu serta saudara mara yang hadir, berulangkali menukar pakaian berpeluh dan penat. Untuk itu sebelum tidur, cubalah untuk mandi. Pakailah wangian yang lembut supaya rasa ghairah tidak padam apabila mencium bau badan anda.
2) Bau mulut - Cuba anda bayangkan, apa yang akan anda lakukan, ketika ingin mencium bibir pasangan anda, anda dapati udara yang anda sedut ‘berbau’ petai. Tentu ghairah anda hilang bukan..? Kerana itu hindarilah kemungkinan ini dengan mempersiapkan diri. Penyelesaiannya, pastikan anda memberus gigi sebelum ke kamar dan kalau boleh selalu menyediakan pepermint di tempat tidur.

3) Tergesa-gesa -
Tergesa-gesa merupakan ‘penyakit’ paling umum. Ingin cepat sehingga langsung ke acara kemuncak. Maklumlah makanan baru, halal lagi! Tapi ingat anda harus bersabar. Sebaik-baiknya kedua-dua bertenang kerana seks dengan dengan tenang itu lebih nikmat. Tergesa-gesa kadangkala boleh mendatangkan mudarat, rasa nikmat ‘kerjasama’ mungkin payah untuk dicapai dan juga ia mungkin boleh menyakitkan. Misalnya anda belum begitu terangsang dan suami ingin terus ‘menembak’ hasilnya boleh mengecewakan.

SETELAH tiga tips kecil menghadapi saat ‘pemanasan’ di malam pertama. Berikut adalah beberapa tips saat ‘bertempur’. Bacalah dengan teliti agar malam pertama anda menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan.
1) Padamkan kekasaran – Jangan hanya berserah. Sekiranya anda rasa disakiti berterus teranglah dengan suami tetapi gunakan nada yang lembut supaya dia tidak tersinggung. Sekiranya ingin sama-sama menikmati keseronokan, bimbinglah suami anda ke ‘daerah-daerah’ yang boleh menambahkan ghairah. Anda juga boleh memainkan peranan dengan lebih aktif, dengan cara menuntun tangannya mengarahkan ke bahagian yang anda sukai.
2) Singkirkan rasa sakit – Kebanyakan wanita sering merasa sakit pada organ seksnya ketika berhubungan intim buat pertama kalinya. Hilangkan perasaan takut sebaliknya fikirkan perkara yang indah-indah ketika bersama suami. Perlu juga diketahui bahawa penyebab kurangnya cairan lubrikasi ialah stress, pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan alat kontraseptif. Bila hal ini terjadi, minta suami supaya memanjangkan pemanasan sambil melihat apakah anda sudah bersedia untuk memulainya sekali kembali. Cara lain ialah dengan menggunakan cairan lubrikasi.
3) Beri dorongan pada suami – Bukan semua suami berjaya melalui malam pertama mereka dengan jayanya. Sesetengah daripada mereka akan tewas sebelum waktunya. Tapi jangan bimbang, ia munkin kerana stress dan kurangnya pengalaman. Selain kurangnya pengalaman dan stress, minuman beralkohol serta ubat-ubatan juga boleh menjadikan lelaki kurang ‘perkasa’. Maka pujuklah suami agar dia hilang rasa kecewanya sambil mengelus tubuhnya terutama daerah sensitif untuk menunjukkan rasa sayang dan keinginan anda terhadapnya. Katakan padanya kita boleh cuba lagi malam berikutnya.
4) Jangan pura-pura klimaks – Ramai wanita yang tidak ingin mengecewakan suaminya sering berpura-pura orgasme. Jangan lakukan hal itu kerana ia boleh membahayakan perhubungan anda. Memang ramai wanita yang agak sukar mencapai klimaks walaupun pasangannya sudah melakukan stimulasi sebaik mungkin pada daerah sensitifnya. Anda tak perlu malu untuk mengatakan padanya. Mungkin anda boleh memberi cadangan mengenai cara yang anda sukai dan memainkan peranan yang aktif juga. Jadikan aktiviti seks ini sebagai sesuatu yang menyenangkan bukannya membebankan anda.
BAGAIMANA? Tidak sukarkan menghadapi malam pertama? Mungkin tips ini boleh mengurangkan sedikit debaran di dada. Selamat mencuba dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Posisi sesuai untuk hubungan kelamin

HUBUNGAN kelamin mengeratkan kemesraan antara lelaki dengan wanita selain meningkatkan hubungan silaturahim antara mereka.
Sentuhan zakar dan faraj boleh dilakukan mengikut selera posisi yang diinginkan pasangan.
Ini dapat meingkatkan keseronokan dan keghairahan akibat peningkatan rangsangan diberikan satu posisi yang diperlakukan.
Contohnya, hubungan kelamin posisi bertentangan muka dapat mewujudkan nikmat sentuhan bahagian depan pasangan, posisi pasangan wanita mengambil tempat di atas dapat memberi kebebasan kepada wanita dan perasaan dominan.  Ia juga meningkat rangsangan kepada isteri.
Ia juga memberi kebebasan kepada anggota badan lain lelaki untuk menyentuh bahagian badan pasangan wanita yang boleh memberangsangkan.
Selain itu, memang mustahak untuk pasangan kelamin mempelajari dan mengenali posisi sesuai dan dapat meningkatkan rangsangan kepada hubungan kelamin mereka.
Adakalanya posisi melakukan hubungan kelamin perlu diubah kerana posisi biasa mungkin tidak selesa untuk pasangan, seperti sakit belakang.



Dipetik dari:
HARIAN METRO, KHAMIS, 10 MEI 2001

Cara cuci muka yang betul

cara cuci muka dengan betul


ok, korang semua mesti wajib ade kan pencuci muka ?? aku rase laki or pempuan skang ni paling terok pon, dalam bekas mandi diowang tuh mesti ade pencuci muka....pencuci muka plak dah macam-macam brand ade... loreal la ,ponds la, safi la, sunsilk bukan ok.. tu shampoo... hahaha..... aku guna garnier... korang plak??

tapi korang sedar tak kadang-kadang cara cuci muka yang salah pon tak ok jugak.. dari nak nampak awet muda, terus jadi tua... ni sebabkan korang cuci muka dari atas ke bawah, sepatutnya dari bawah ke atas.. baru la kulit korang anjal...cehhhhh... haha

tips cuci muka yang betul

1) Hanya menggunakan 3 jari je.. kalau 5 jari tu memang nak makan pelempang laa...

2. Meletakkan pencuci muka di atas salah satu jari ...letak sikit je k ...Jangan amalkan letak pencuci muka dengan kuantiti yang banyak (kadang-kadang kita suka letak banyak biar buih tu kelua banyak kan?) sebab pencuci banyak bahan kimia. Nanti muka jadi kasar.

3. Titikkan pencuci muka di 4 tempat iaitu di dahi, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

4. Mencuci muka start dengan dagu dan ke atas. Kalau boleh di kawasan T zone dahulu sebab tempat tu berminyak.. T zone tu maksudnya hidung and dahi korang

5. Mencuci muka dengan urutan bulatan (mengikut clockwise :D).. kalau anticlockwise untuk orang yang kidal je(ni aku memain k...

6. Jika pencuci itu kering, korang hanya perlu rendam jari ke dalam air dan menyambung kembali mencuci. Tidak perlu tambah kuantiti

cara cuci muka dengan betul


ok, korang semua mesti wajib ade kan pencuci muka ?? aku rase laki or pempuan skang ni paling terok pon, dalam bekas mandi diowang tuh mesti ade pencuci muka....pencuci muka plak dah macam-macam brand ade... loreal la ,ponds la, safi la, sunsilk bukan ok.. tu shampoo... hahaha..... aku guna garnier... korang plak??

tapi korang sedar tak kadang-kadang cara cuci muka yang salah pon tak ok jugak.. dari nak nampak awet muda, terus jadi tua... ni sebabkan korang cuci muka dari atas ke bawah, sepatutnya dari bawah ke atas.. baru la kulit korang anjal...cehhhhh... haha

tips cuci muka yang betul

1) Hanya menggunakan 3 jari je.. kalau 5 jari tu memang nak makan pelempang laa...

2. Meletakkan pencuci muka di atas salah satu jari ...letak sikit je k ...Jangan amalkan letak pencuci muka dengan kuantiti yang banyak (kadang-kadang kita suka letak banyak biar buih tu kelua banyak kan?) sebab pencuci banyak bahan kimia. Nanti muka jadi kasar.

3. Titikkan pencuci muka di 4 tempat iaitu di dahi, pipi kanan, pipi kiri dan dagu.

4. Mencuci muka start dengan dagu dan ke atas. Kalau boleh di kawasan T zone dahulu sebab tempat tu berminyak.. T zone tu maksudnya hidung and dahi korang

5. Mencuci muka dengan urutan bulatan (mengikut clockwise :D).. kalau anticlockwise untuk orang yang kidal je(ni aku memain k...

6. Jika pencuci itu kering, korang hanya perlu rendam jari ke dalam air dan menyambung kembali mencuci. Tidak perlu tambah kuantiti pencuci muka tersebut.

7. Jangan sental di tempat jerawat dengan pencuci muka (kadang-kadang, orang buat sebab nak jerawat tu hilang cepat kan?). Tak payah k! Sebab pencuci muka adalah mempunyai bahan kimia! Ingat tu.. dan lagi satu, ia akan memberi tekanan pada kulit

Petua untuk hilangkan kedutan

1. Anda bersihkah dulu lobak merah tadi. Kemudian parut. Kalau nak kisar pun boleh.

2. Seterusnya, campurkan kuning telur dan sesudu tepung jagung dengan lobak merah yang dah diparut.

3. Kacau ketiga-tiga bahan tu sampai sebati.

4. Apalagi... lumurkanlah kat muka anda.

5. Sebaik-baiknya buat pada waktu malam. Beberapa jam sebelum nak tidur.

6. Sebelum masuk tidur, cuci dulu muka anda tu dengan air yang agak suam kuku.

7. Amalkan petua ni 1 kali dalam seminggu. Buat sampai anda puas hati dengan kulit muka masing-masing, ok.

Petua hilangkan keputihan

  1. Minum air pegaga
  2. Cuci kemaluan dengan air daun sirih yang direndam semalaman
  3. Minum air halia

Petua putihkan ketiak

Bagi para isteri terutamanya tentu mahu kelihatan terbaik untuk suami masing-masing. Pasti ada di antara mereka yang mencari cara terbaik untuk membersihkan bulu ketiak dan memutihkan ketiak yang hitam.

Salah satu cara untuk memutihkan ketiak yang hitam adalah dengan menggunakan limau nipis dan kapur sirih. Caranya ialah dengan memerahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

Manakala itu untuk membersihkan bulu ketiak, campurkan setengah camca teh kapur dengan sebiji limau nipis. Lumurkan campuran tadi pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lakukannya selama seminggu.

Satu lagi cara ialah dengan mengambil debu atau habuk yang terdapat pada kundur. Gunakannya untuk disapu pada ketiak dan biarkan seketika tanpa dicuci. Lakukan sehingga bulu ketiak gugur dengan sendiri.

Cara bersenam yang betul

1. Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap
individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren.

2. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul.

3. Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.

4. Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.

5. Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan dalaman
terutama dari segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindakbalas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik.

6. Untuk mendapatkan kekuatan, daya ketahanan dan keanjalan otot, pelajari teknik senaman betul supaya tidak berlaku kecederaan.

7. Individu perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama mereka yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita.

8. Untuk keselamatan, aktiviti bersenam perlu dihentikan serta merta jika anda berasa sesak nafas, mengalami kaki kejang, terlalu letih, pening atau cuaca atau persekitaran tidak mengizinkan.

Tips hilangkan mengantuk

  1. Hampiri kawasan bercahaya – Suasana office yang sejuk dan bercahaya redup memang membuai mata kita, jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya uols terlalu mengantuk adalah mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Mustahil lah office uols takda tingkap kan. Gua ke apa? Masa jenguk tingkap tu, tengok-tengoklah kereta lalu lalang ke atau apa-apa lah yang boleh menarik perhatian.
  2. Basuh muka – Mungkin ini perkara terakhir yang uols buat bila mengantuk, kan? Yelah, terutamanya perempuan. Bila dah make up bagai, make up mahal pulak tu, senang-senang je nak basuh muka lepas tu touch up balik T___T Memang kalau I, takda lah nak basuh muka. HAHAHA tapi kalau dah takda pilihan sangat, kepala pun dah tersengguk-sengguk, kenalah buat jugak ye tak?
  3. Wangian aromaterapi – Boleh juga menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi dekat office. Letaklah atas meja. Semangat kerja akan pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio – Muzik juga penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. So, tak salahlah kalau uols bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat uols leka sampai tak buat kerja.
  5. Senaman ringan – Senaman ringan tu gerakkan anggota badan, macam contoh gerakkan tangan, kaki, kepala atau berjalan santai pun boleh hilangkan rasa mengantuk. Berjalan santai tu dekat dalam office lah. Jangan pulak cakap dengan bos “Bos, saya mengantuk. Nak keluar pergi Petaling Street hilangkan ngantuk” Memang nak kena lah tu. Dan ingat jugak, jangan nak berjalan santai pergi dekat tempat kawan lepas tu gossip tak tentu pasal. HAHAHA tapi gossip pun boleh buat hilang mengantuk :P
  6. Pandang pepohon hijau – Manalah tahu, office uols ada pemandangan kehijauan, atau ada taman ke, manfaatkanlah! Gunakan peluang tersebut untuk hilangkan rasa mengantuk. Keluarlah kejap pergi tempat tu. Hoi, keluar pergi tempat tu bukan suruh buat tahi mata ke apa, tapi hirup udara segar. Beberapa minit dah lah, takyah lama-lama. Kang balik-balik office terus dapat surat warna pink. Aww.

Dapatkan gigi putih

  • Tumbuk sepotong halia,
  • then campur satu sudu garam besar,,
  • tambah sedikit air..
  • then, berkumur setiap kali sebelum  tidow selepas gosok gigi..

Dapatkan kulit muka yang lembap

  • Bersihkan muka dengan air suam.
  • Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. 
  • Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. 
  • Biarkan setengah jam dan bersihkan.

Hilangkan panau

  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Kekalkan seri wajah

Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan

Tegangkan kulit muka

  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Hilangkan parut jerawat

Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Merawat kudis

TAPAK sulaiman menyerupai pokok kaduk tetapi ia kelihatan lebih berkilat. Bezanya pokok ini tidak memanjat kerana batangnya pendek. Tangkai daun juga pendek berwarna hitam dan berbulu halus.
Daun mudanya berwarna kemerahan dan belakang daun berwarna coklat. Pokok ini tidak tahan pada cahaya matahari. Batangnya lembut berair dan berbulu.
Pokok yang subur daunnya lebih lebar daripada kaduk. Herba ini mempunyai bunga berwarna merah jambu yang terbit di hujung pucuknya. Nama saintifiknya Elephantopus scaber dari keluarga Asteraceae dan hidup di kawasan yang terlindung dan lembab seperti di kebun getah.
Terdapat beberapa tumbuhan yang mempunyai panggilan yang sama seperti Elephantopus tomentosus atau ubi zebra, tetapi di sesetengah tempat memanggilnya sebagai tapak sulaiman.
Lain-lain panggilan tempatan ialah seperti tapak leman, bersih hitam dan ada juga yang memanggilnya tapak babi. Daun yang segar dilumatkan untuk merawat luka-luka kecil, kudis dan juga gonorea. Selain itu, lumatan daunnya juga boleh dipupuk pada dahi bagi melegakan sakit kepala.
Akar dan daunnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi melegakan batuk, muntah-muntah dan membuang cacing dalam perut.

Rawat tumit kaki pecah

1. Anda sediakan sebiji kelapa tua.

2. Kemudian belah dua kelapa tua tadi.


3. Colek lendir yang terdapat pada bahagian isi kelapa tersebut.

4. Sapukanlah lendir itu ke seluruh bahagian tapak kaki dan tumit anda.

5. Seterusnya, panaskan tapak kaki anda di atas atau berdekatan bara api selama beberapa minit. Jarakkanlah kaki anda dan bara api tu mengikut keselesaan masing-masing.


Anda boleh mengulangi petua di atas sebanyak 3 kali dalam seminggu. Jika tiada aral, tapak kaki anda akan licin dan cantik.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/01/bagaimana-nak-mengelakkan-tumit-kaki.html#ixzz1XunK0PrH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...