Saturday, January 29, 2011

Hilangkan lebam bawah mata



1. Sapu ais setiap pagi sebelum mandi

2. Letak timun bawah mata selama 30 minit setiap hari

3. Letakkan kantung teh 30 minit sehari hingga pulih

Hilangkan bintik hitam di muka


Pilih salah satu:



1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu
tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah
kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka.
Lakukan dua kali seminggu.

2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air.
Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan
muka dengan menggunakan air suam.

3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng
tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali
seminggu.

Hilangkan parut demam campak

Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya. Pilih salah satu:



1. Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.

2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Hiilangkan Parut Jerawat



Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara untuk menghilangkannya. Pilih salah satu:



1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.

2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan
pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan
air suam.

3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada
muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

4. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan
segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka
dua kali seminggu.

5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka
terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air
bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Hilangkan Jerawat



Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Monday, January 17, 2011

Petua licinkan kulit muka


 Biasanya pelbagai kaedah digunakan, dan kali ini saya beri petua menggunakan tomato

1. Ambil sebiji tomato yang telah masak.
2. Basuh dan bersihkan buah tomato tersebut.
3. Belah buah tomato itu kepada dua.

4. Ambil satu bahagian tomato tersebut dan sapukan ke muka anda.
5. Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
6. Kemudian, cuci muka dengan air bersih dan keringkan dengan tuala.

7. Ada sebelah lagi kan? Jadikan ia sebagai jus minuman atau dimakan begitu saja.
8. Amalkan petua ini selama seminggu atau sehingga menampakkan hasil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...